skttj2.zoom-a.com
[SK.TAMAN TUANKU JAAFAR 2]
[71450,SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN] Tel : [06-6787170], Faks : [06-6793248]
e-mel : [sktamantuankujaafar2]@[gmail.com]
| KATA ALU-ALUAN | LAMAN UTAMA | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI | Guru dan Staf SKTTJ2 | Untitled | Untitled | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 (SKTTJ2) adalah dalam kategori sekolah luar bandar. Sekolah ini terletak kira-kira 14 kilometer dari bandar Seremban dan kedudukannya dalam daerah Seremban Timur mengikut pembahagian daerah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Dari segi pentadbiran, ia terletak di bawah Majlis Perbandaran Nilai.

           

Sekolah ini terletak kira-kira 12 kilometer dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan kira-kira  9 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah Seremban. Keramaian murid terkini ialah 1079 orang, (Kenyataan Bulan Mac 2005). Sehingga kini sekolah ini masih dikategorikan sebagai sekolah gred B.

 

Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 ini di kelilingi kawasan taman perumahan di mana murid-muridnya adalah  daripada taman-taman seperti Taman Tuanku Jaafar, Taman Tuanku Ampuan Najihah, Taman Seremban Jaya, Taman Seremban Selatan, Taman Pinggiran Senawang, Taman Bukit Seri Senawang, serta beberapa penempatan lain seperti Kampung Sungai Gadut dan rumah kakitangan Ibu Pejabat Imigresen Negeri Sembilan. Sekolah ini juga bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bukit Senawang dan Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar.

 

Sebahagian besar murid-murid di sekolah ini terdiri daripada kalangan keluarga berpendapatan sederhana. Lebih 10% murid terdiri dari keluarga berpendapatan lebih RM3 000 sebulan dan hampir 52% daripada mereka adalah dari golongan keluarga yang berpendapatan antara RM1 000 hingga RM2 000 sebulan.

 

Sekolah ini mula dibina di kawasan seluas 5 ekar pada 18 Oktober 2000 dan siap keseluruhannya pada  1 Disember 2001. Penyerahan bangunan sekolah ini dijalankan pada Januari  2002 kepada wakil Pengarah Pendidikan En. Mohd. Ali bin Abu Bakar, Ketua    Unit Pembangunan dan Bekalan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Nilaian keseluruhan bangunan sekolah ini ialah RM7 070 000 00. Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 2002 dengan menerima 350 orang murid dan 13 orang guru. Pada peringkat awal, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar dengan menggunakan 13 buah bilik darjah sahaja. Namun keramaian murid terus meningkat dan sebanyak  27 buah bilik darjah dibuka untuk menampung keperluan itu apabila sesi persekolahan 2005 bermula. Kekuatan sekolah ini turut disokong dengan 54 orang guru serta 5 orang staf sokongan.




[






Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: